Wednesday, January 7, 2015

Di kala.....

owned by nurizzati 'imi at Wednesday, January 07, 2015 0 eaten cupcakes

Baru pertama kali aku nampak pelangi yang sangat cantik. Dalam perjalanan aku balik rumah,aku lalu satu kawasan yang luas dengan pancaran matahari yang hendak melabuhkan tirainya,sementara hujan masih turun renyai2. SubhanAllah. Sumpah demi Allah, sangat cantik!!

Aku perlahankan kereta myvi kesayangan sambil menikmati warna pelangi yang semakin lama semakin pudar dan menghilang. Rasa macam nak biar cahaya biasan pelangi itu kekal di tempatnya. Tapi apakan daya,langit bertukar warna.

Hidup juga begitu. Sedih bila ada masalah. Tapi bila dapat selesaikan masalah itu,kita juga yang gembira. Ikut pada aturan matahari,hujan dan pelangi.

Mungkin setiap hari kita senang bila nampak matahari. Kita juga sedih bila Hujan datang bertamu. Tapi jangan lupa setiap pertukaran cuaca itu pasti ada keindahan pelangi yang kita sendiri merindu.

#Remind myself

Monday, December 22, 2014

Permulaan baru. Hidup baru.

owned by nurizzati 'imi at Monday, December 22, 2014 0 eaten cupcakes

Lama x jengah blog saya nie. Bila baca balik post2 lama rase mcm 'kebudak-budakkan' pulak saya nie. Hehe. Tak pelah. People change through the time. Kan.

Alhamdulillah, saya dah pun officially graduated. 27 Oktober 2013 tarikh bersejarah saya terima segulung ijazah. Bertemankan ibu dan ayah dan jugak adik kesayangan saya dtg ke bumi Kelantan yang banyak sangat kenangan pahit manis spjang saya menuntut ilmu di sana.

Sekarang,dah setahun saya bergelar pekerja. Tapi, even dah bekerja still kita tetap digelar pelajar. Belajar bekerja totally yang sangat lain dan mencabarnya. Cabarannya..phewww..jangan cakap laa. Stress! Seronok pun ada! Hehe. Well, anggap itu sebagai pengalaman hidup yang sekali sahaja kita akan dapat.

Sebenarnya, x tau nak cerita apa ni. Tu yang ayat skema semacam je kan. Haha. okla, nak memasak kejap. Hari ni masak asam pedas ikan merahhh marii! Jumpa lagi!!!

xoxo. ;)

Tuesday, June 26, 2012

2 jam sahaja

owned by nurizzati 'imi at Tuesday, June 26, 2012 0 eaten cupcakes


As salam.. holaa!! Lagi 2 jam nak naik bus and then menuju ke rumahku syurgaku. Hehe. Suka + berdebar + sedih + sayu + gembira + marah.. macam macam ada.

Sedihnya sebab bila aku disini keseorangan. Suka pula sebab nak balik rumah. Sayu....sob sob sob sebab tak dapat menunaikan hajat utk ke rumah kwn dunia akhirat aku, ZUAZLYNN BT YUSUF. Mtk maaf sgt2 sis. Bukan niatku utk tidak ke rumah mu. Tapi, aku tidak mahu kedatangan ku menyusahkan dirimu. Maaf sangat2, Lynn. Please, jgn merajuk. Huuuuu. Gembira pula sebab sudah tamat perjalananku sebagai mahasiswi. Eh, belum habis lagi. Sambung balik... mahasiswi Tahun 3 lah. hehe. Baru student year 3. Mcm dh last year student je kn. Hehe. Ape2 pun bersyukur kerana keadaan aku masih lg baik di sini. Walaupun mcm2 halangan spjg semester, tp byk juge memberi pngalaman yg manis utk aku.

Oklah, hampir pukul 6.30 ptg. Aku mahu bersiram dahulu. Sebab pukul 7.30 mlm aku perlu bertolak dr hostel ini utk ke stesen bus. Doakan perjalanan aku ke Johor selamat dan dalam lindungan ALLAH ye kwn2. Aminnnn.

owned by nurizzati 'imi at Tuesday, June 26, 2012 1 eaten cupcakes

As salam.. hai. Hurm.. hari ini tak seindah yg aku sangkakan. Byk betul insiden yg manis, buruk, sedih dan mcm2 lagi. Senang cerita..bercampur-baur!

Terfikir sejenak, adakah aku yg bersalah? Persoalan di situ. (=.=)

Ok fine, kalau aku yg bersalah.. sila lah beritahu. Ini diam je. And bile aku diam pulak, tau nk tanya kenapa. Hurm...aku tak paham apa yg berlaku skrg ini. serious! Aku pun ada hati dan perasaan jugak kot. Iskkk...

Esok mlm, aku akn pulang ke negeri tercinta. Tak sabar kan nak bla dari sini. Hee.. itulah perasaan aku. Tapi sedih jugak. Sebab, selalunya bila aku balik, mesti akan ada ramai lg yg belum balik. Tapi, entah kenapa semester ni, aku pulak yg sayu melalak-lalak. Mungkin sebab pertama kali menghadapi masalah stor simpan barang penuh kot? Err.. memang x ada kena-mengena. Huu..

Ok..mata kuyu aku nie dah meamnggil-manggil utk tidur. Maklumlah, banyak menangis! Srrroooott... ok! Tu bunyi mucus dalam hidung. Hehe..

Selamat malam..! (^^)


-Nurizzati-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
preciousgirl.copyright. Powered by Blogger.
 

sTorY of mE aNd wOrLd oF me Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea